Isnin, 8 Disember 2014

3 tanda sekiranya kucing menghampirimu

Nurul Ashikin | 2:27 PTG | Tiada ulasan:
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Andainya ada kucing yang datang menangis, merayu untuk meminta sedikit  makanan bermakna ia sedang menyampaikan mesej dari Allah. Kedatangannya sendiripun tentunya dihantar oleh Allah kepada mu untuk menguji sejauh mana engkau yakin kepada rezeki ALLAH

Jnganlah sekali kali kau menendang, memijak dan memperlakukan ia seperti peminta sedekah yang menjijikkan. Malaikat sedang memerhati geraklaku mu dan menulis amalanmu. Berbaik baiklah dengan si Comel ini kerana ia datang bukan membawa kesusahan atau bencana, sebaliknya ia hadir sebagai ASBAB untuk ALLAH menambah rezekimu dan menaikkan darjatmu sebagai insan yng mulia yang sudi berkongsi rezeki dengannya

Buat insan yang sudi membaca entry ini, saya memohon janganlah mendera kucing secara fizikal dan mental serta tidak menghiraukan panggilannya. Lihatlah wajah comelnya, pandanglah matanya yang naif, Ia mengharapkan engkau menghulurkan secubit roti, atau menyisihkan sedikit nasi, laukmu serta layananmu yang lemah lembut. Layanlah ia sebagaimana engkau manusia, bukannya sebagai manusia-binatang yang tiada hati perut

Saya dengan ini sekeras-kerasnya mengutuk kezaliman keatas mana mana haiwan terutamanya kucing.ingat!  Anda diperhatikan! Berhati hati dengan gerak langkahmu!
Janganlah engkau mengundang masalah kepada hidupmu dengan memperlakukan kucing secara kejam!!!!!!!




Kucing comel

Setiap apa yang kau beri pada kucing akan dibayar dengan harga yang mahal oleh ALLAH yang maha kaya. Buat pencinta kucing, terima kasih atas budimu

Sekian
#tebumanis78 #dna78





SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Apesal.com