Ahad, 1 Mei 2011

catatan harian-MY 33rd BIRTHday

Nurul Ashikin | 5:19 PTG |
Genaplah usia 33 tahun pada hari ini.Saya bersyukur Pada ALLAH SWT kerana masih mengurniakanDARJAH KEBESARAN kepada saya iaitu nafas,anggota badan yg masih sempurna, akal yang masih waras, ilmu yang saya boleh manafaatkan (bertepatanlah dengan tugas saya sebagai seorang guru). Selain daripada itu saya masih punya pekerjaan, ibubapa, adikberadik, saudara mara, sahabat handai yang masih menyayangi dan mengambil berat pada saya..... ALHAMDULILLAH


disebabkan ulangtahun kelahiran saya sentiasa jatuh pada hari cuti (1 MEI) maka saya mengambil keputusan untuk berada di rumah dan melakukan rutin biasa.Kebetulan hari ini hujan turun manja2 gitu............ aduh lagi malas lah nak keluar


Adik saya dah merungut mengajak saya pergi berjoging sejak kelmarin...hehehe kakak dia rasa dah malas sangat ni.....Saya menonton tv sepanjang hari disamping mengUPDATE blog .Seronok rupanya menulis...Terasa tenang dan gembira seakan saya meluahkan perasaan saya pada kawan baik saya.... walaupun saya tahu mungkin hanya saya seorang sahaja yang membaca blog ini.... huhuhuh uwaaaaaaa!!!!!!

Minggu ini pulak minggu yang ke5 .... Opsss maksud saya kelmarin... makanya saya tak perlu mengajar di pusat tusyen seperti kebiasaan yang saya buat.....bonus pulak lagi bila saya boleh bercuti sehingga hari isnin

Minggu ke4 bulan APRIL sangat memenatkan.. terasa sangat lelah dengan tugas yang saya galas.... tetapi tetap dihati saya rasa sangat gembira... Bekerjakan ibadah...saya dah dapat rehat yang cukup dari hari jumaat sabtu dan Hari ini Ahad...

Gembira saya bila banyak rakan2 yang meninggalkan ucapan hari lahir saya di facebook saya... terasa itulah hadiah yang paling bernilai buat saya.....selain dari catatan harian saya juga meletakkan beberapa info, ingatan, kisah2 RASULULLAh kesayangan kita dan lain2 yang boleh menjadi renungan buat kita.... saya juga selalu alpha dengan nikmat dunia yang sedikit ni sehingga lalai mengejar JANJI saya pada ALLAH


Disini saya berharap agar sentiasa mengingati TUAN BESAR kita yang satu dan ESA .....marilah kita berzikir, bertasbih dan bertahmid.... moga2 zikir2 tersebut akan mengiri kita bila sampai di PADANG MAHSYAR nanti wallahualam

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

Tiada ulasan:

Apesal.com