Rabu, 11 Mei 2011

PBS tahun 1 matapelajaran Bahasa Inggeris

Nurul Ashikin | 8:04 PTG |
Sekali lagi saya dipanggil untuk menghadiri taklimat TAKLIMAT PENATARAN DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA INGGERIS.Pentaksiran PBS adalah penambahbaikan kepada UPSR menjelang 2016.Dalam taklimat yang disampaikan saya dan rakan-rakan guru yang lain telah diminta untuk menubuhkan kawatankuasa PBS diperingkat sekolah. Penolong Kanan 1 adalah ketua pentaksir peringkat sekolah.Jawatankuasa adalah terdiri daripada

  1. ketua panitia yang dilantik(pentaksiran sekolah)
  2. guru pembimbing dan kaunseling (pentaksir psikometrik)
  3. Guru penolong yang dilantik (pentaksir Aktiviti,Jasmani,Sukan dan Kokurikulum)
  4. Guru cemerlang
  5. Setiausaha peperiksaan
pentaksiran adalah terbahagi kepada 2 cara iaitu 
  • formatif
Pentaksiran formatif hendaklah dijalankan secara berkala dari Januari hingga Disember.Guru-guru boleh menjalankan pentaksiran sama ada bulanan atau setiap kali habis topik yang diajar.Guru-guru hendaklah menjalankan pentaksiran apabila pelajar sudah bersedia untuk di taksir. Mereka hendaklah ditaksirkan bebrapa kali sebelum guru memberi gred yang sesuai kepada murid-murid . Gred adalah terdiri daripada band 1 hingga band 6
  • sumatif
Pentaksiran sumatif akan dilakukan 2 kali setahun iaitu peperiksaan MEI dan OKTOBER.sumatif juga adalah kesimpulan dari markah formatih yang diberi oleh guru.

 

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

Tiada ulasan:

Apesal.com