Jumaat, 11 Oktober 2013

TENTERA DAJJAL

Nurul Ashikin | 12:00 PTG |
Assalamualaikum w.b.t, 

Tak lama lagi--
akan menjelang eiduladha--
teringat saya kisah--
pengorbanan Nabi Ibrahim,Nabi Ismail dan wanita hebat Siti Hajar 
demi mendapat kasih sayang ALLAH swt
Mereka diuji begitu hebat sekali.
Namun iman mereka tidak pernah berkurang
hatta Allah mintak nyawa anak yang disayangi--
sebagai tanda mereka taat pada perinta ALLAH

dan
saya nak kaitkan kisah Nabi Ibrahim dan 
rakyat Palestin yang dibelenggu dan dijajah
ISRAEL laknatullah
Hebatnya iman rakyat Palestine
Demi mempertahankan agama Islam, negara mereka
daripada dijajah oleh laknatullah Yahudi--
Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa
sebagai galang ganti agar tegaknya islam di
bumi suci Palestine--
Bumi dimana para Nabi pernah duduki
Subhanallah

Ayuh baca kisah kejahatan tentera dajjal --




Ianya berkaitan tentang tentera Israel laknatullah yang digelar Briged Kuffar. Sepertimana kita ketahui bahawa di akhir zaman nanti, dajjal laknatullah akan keluar ke dunia dan memerintah dunia dan menyesatkan umat manusia. Disaat keluarnya dajjal ini, akan wujud sebuah tentera dajjal yang tertulis di dahinya perkataan ‘KAFIR’. 


Benarkah tentera kuffar Dajjal telah muncul untuk memusnahkan dunia? Pertanyaan ini menjadi semakin hangat diperkatakan sebaik sahaja Israel menubuhkan briged ‘Kfir’ yang merupakan pasukan anti-keganasan elit yang sedang dibangunkan oleh Israeli Defenses Force (IDF).

tentera dajjal
mereka yakin mereka adalah ahli syurga







dajjal
kejahatan nyata oleh yahudi
Kafir Brigade atau dalam bahasa Hebrew (yahudi) ialah חֲטִיבַת כְּפִיר‎‎, juga dikenali sebagai 900th Brigade, ialah salah sebuah briged infantri yang paling muda di dalam perkhidmatan israel Defense Forces. Briged ini merupakan salah satu cabang ketumbukan 162nd Division (Utzvat HaPlada) tentera Israel di tengah-tengah wilayah israel.
Pusat operasi utama briged ini ialah di wilayah Pakmaz (פקמ"ז), iaitu pusat operasi utama Israel Defense Forces (IDF). Pusat ini menjadi pusat operasi dan semboyan bagi ketumbukan tentera Israel di sekitar Tebing Barat (iaitu divisyen-divisyen tentera Israel di tebing barat) yang meliputi Jerusalem, Sharon, Gush Dan, dan Shephelah. Pusat operasi tentera Israel di Pakmaz ini diketuai oleh seorang komander berpangkat Aluf (Mejar Jeneral) yang kini dipegang oleh Aluf Avi Mizrahi yang berkhidmat dari 2009 sehingga kini.

Berbalik kepada Briged Kifr ini. Ketumbukan briged Kifr ini ditempatkan berdekatan dengan wilayah Tebing Barat Palestin di mana kebanyakan misi ketenteraannya adalah berkaitan dengan kempen anti-keganasan, menculik para pejuang pembebasan Palestin, meronda sempadan, terlibat dengan kawal keselamatan sempadan dan kempen ketenteraan biasa di wilayah Palestin.

Pembentukan batalion ini (dikenali sebagai 90's Battalions) secara tidak rasminya ialah pada sekitar tahun 1990-an yang bertujuan untuk dijadikan pasukan ketumbukan infantri mudah alih. Pada 6 Disember 2005, briged ini secara rasminya dibentuk dengan keanggotaan 90 anggota pelbagai pangkat yang dibawah pemerintahan pegawai pemerintahnya iaitu Kolonel Eyal Nosovski.



Walaupun pasukan ini merupakan salah satu cabang dari Divisyen ke-162 IDF, setiap batalion di dalam briged ini dioperasikan bersama dengan Divisyen IDF Tebing Barat yang lain. Briged Kifr ini mengandungi kekuatan 6 batalion yang mana setiap batalion dalam briged Kifr ini diletakkan di dalam beberapa briged lain di sekitar Tebing Barat iaitu :

Batalion ke-90 Nahshon, ditempatkan dengan Briged Ephraim
Batalion ke-92 Shimshon, ditempatkan dengan Briged Etzion
Batalion ke-93 Haruv, ditempatkan dengan Briged Shomron
Batalion ke-94 Duchifat, ditempatkan dengan Briged Binyamin
Batalion ke-96 Lavi, ditempatkan dengan Briged Yehuda
Batalion ke-97 Netzah Yehuda (dahulunya dikenali sebagai Batalion Nahal Haredi)


Untuk menarik anak muda Israel menyertai ketumbukan ini, pihak IDF telah mengambil keputusan untuk menjadi syarat utama sebelum tentera IDF menyertai Sayeret Oketz (unit khas K-9) atau Sayeret LOTAR (unit khas anti-keganasan) mereka harus menyertai briged Kifr ini terlebih dahulu, sekiranya mereka tidak lulus saringan untuk menyertai unit Sayaret Oketz, maka mereke harus kekal di dalam Briged Kfir.

Nama asal Brigade tersebut adalah “KFR”, kerana sistem huruf Ibrani tidak mengenal huruf hidup. Pasukan ini juga merupakan pasukan khas anti-pengganas yang paling efektif di negara Israel. Bukan itu saja, sebuah syarikat pembuat pesawat di israel iaitu IAI yang bekerjasama dengan kerajaan pusat israel juga telah membuat sebuah pesawat tempur diberi nama Kafir.




palestin di serang
Serangan oleh Briged Kifr keatas wilayah Palestin di Nablus


Pasukan ini pernah terlibat secara primary di dalam 2 operasi besar iaitu Ops Hot Winter dan juga Ops Cast Lead. Ops Hot Winter, yang juga dikenali sebagai Ops Warm Winter atau dalam bahasa Hebrew (yahudi) ialah מבצע חורף חם‎ (Mivtza Horef Ham) ialah kempen ketenteraan Israel Defense Forces di sepanjang wilayah Palestin iaitu Gaza. Operasi ini dilancarkan pada 28 Februari 2008 dengan alas an mengekang serangan roket Qassam Hamas yang dilancarkan dari jaluran Gaza. Tidak kurang 112 pejuang Palestin syahid dan 3 tentera Israel laknatullah mati. Mengikut data rasmi yang dikeluarkan, seramai 150 rakyat Palestin syahid dalam serangan tentera Israel itu dan 3 warga Israel mati.

bom
Serangan Bom Fosforus Putih di sebuah sekolah rendah di wilayah GAZA


Berdasarkan sumber dari Israeli Defence Forces (IDF), operasi ini dilancarkan untuk menghancurkan kawasan pusat pentadbiran dan pejabat gerakan HAMAS di semenanjung Gasa. Salah satu sasaran utama serangan ialah bangunan yang menempatkan pejabat pentadbiran Ketua Gerakan HAMAS iaitu Ismail Haniyeh.

Ketumbukan tentera IDF yang dikerah selain Briged Kifr ialah Briged Givati, pasukan kejuruteraan IDF dan Kor Armor IDF, yang mana kesemuanya terlibat dengan serangan dari darat ke atas Gaza. Manakala Israeli Air Force pula terlibat dalam pengeboman ke atas wilayah Gaza dengan bom fosforus putih yang berbahaya dan mereka juga memberikan sokongan taktikal kepada tentera infantri.

israel gembira
Penduduk Israel Laknatullah Menjamu Panorama Pengeboman Di Gaza Pada 2008


Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda bahawa ciri-ciri fizikal Dajal, selain bermata satu, di dahinya juga ada aksara perkataan Arab iaitu “Ka Fa Ra” atau Kafir. Kafir berarti ‘Tidak mempercayai’. Dajjal dan para pengikutnya memang tidak percaya pada Allah S.W.T, kerana mereka lebih percaya pada Iblis atau Lucifer. (nama syaitan bagi bangsa eropah)

Dalam hadis lain juga, Rasul juga mengatakan bahawa Dajjal akan memimpin pasukan yang berjumlah 70,000 pasukan. Dan di hadis lainnya pula disebutkan bahawa Dajjal hanya memiliki satu buah mata. Cuba perhatikan gambar di bawah ini (gambar lukisan pada badan pesawat IDF). Jadi benarkah pasukan Dajjal telah muncul? Benarkah kiamat semakin dekat? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

dajjal
Bentuk Mata 1Dajjal dilukiskan di badan pesawat KFIR Israel

kapal penyerang yahudi
lambang Kfir
yahudi
kenderaan rasmi Yahudi



Sumber
sumber 
sumber


P/S : OneIsrael, One World Order, New World Order, Kesatuan Dunia Baru, 1 Mata Dajjal, 1 Mata Freemason, 1 Mata Tuhan Horus Firaun dan terbaru 1Malaysia? Tidakkah pelik persamaan kesemua di atas?

IsLaM ThE WaY oF LiFe...


--
Dicatat Oleh Akhi Mohamad Aiyad

--sharing from internet--
#tebumanis78
Comment With:
OR
The Choice is Yours!

Tiada ulasan:

Apesal.com