Selasa, 2 Ogos 2011

SOLAT TARAWIH 3

Nurul Ashikin | 11:35 PTG |
Hukum Sembahyang Sunat Tarawih
a) Hukumnya sunat Muakkad (yang
sangat dituntut) dikerjakan oleh orang - orang
Islam lelaki dan perempuan
pada tiap-tiap malam bulan Ramadan
sama ada secara berseorangan atau
berjemaah.
b) Sunat dikerjakan di Masjid, Surau dan
lain-lain tempat sembahyang orang - orang
Islam.


. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih
Ialah selepas menunaikan sembahyang
fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat

Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih:
i. Pada umumnya masyarakat Islam di
Malaysia mendirikan sembahyang
Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat,
tetapi ada juga yang hanya menunaikan
sekadar 8 rakaat sahaja.

ii. Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang
tarawih dikerjakan sebanyak 8
rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan
sesuatu keberatan. Walau bagaimanapun
terdapat juga hadith yang
meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad
s.a.w. pernah mengerjakan
sebanyak 20 rakaat.

iii. Pada zaman Khalifah Omar bin al-
Khattab r.a. pula beliau melaksanakannya
sebanyak 20 rakaat kerana
beliau berpendapat bahawa orang-orang
Islam pada zamannya itu tidak
keberatan lagi menunaikan sembahyang
sebanyak itu.

iv. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah
ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap
satu kali takbiratul ihram, kemudiannya
dilakukan lagi sehingga genap
rakaat yang dikehendaki.

v. Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih:
(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih
dua rakaat makmum kerana Allah
Taala.)

Rukun Sembahyang Sunat Tarawih
Rukun sembahyang sunat tarawih ini
samalah dengan rukun sembahyang yang lain
juga.

. Kaifat Sembahyang Sunat Tarawih 20 Rakaat:
i) Bacaan Surah
Selepas membaca surah al-Fatihah pada
tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini,
dibaca pula surah-surah yang tertentu


Dari malam 1 hingga 15 Ramadan:
a) Pada tiap-tiap rakaat yang pertama
dibaca satu surah yang bermula dari
surah at-Takasur
hingga surah al-Lahab)
susunan surah-surah adalah seperti
berikut:
1. Al-Takatsur
2. Al-Asr
3. Al-Humazah
4. Al-Fil
5. Al-Quraisy
6. Al-Ma’un
7. Al-Kautsar
8. Al-Kafirun
9. An-Nasr
10. Al-Lahab

b) Pada tiap-tiap rakaat yang kedua
dibaca surah al-Ikhlas:

BERSAMBUNG

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

Tiada ulasan:

Apesal.com