Sabtu, 27 Ogos 2011

WASIAT IMAM AL-BANNA

Nurul Ashikin | 6:34 PG |
Assalamualaikum, entry kali ni saya ambil daripada simpanan email saya yang dah pun berhabuk...tapi apa yang ditulis ni tidak berhabuk ya.. sila2lah baca untuk muhasabah diri dan refreshkan perjuangan kita pada ISLAM


 Before kalian baca Wasiat Iman Albanna mesti semua nak tahukan siapakan BELIAU..jadi klik kat sini ..

 SIAPAKAH IMAN ALBANNA


 Silakan membaca wasiat beliau.Jadikan wasiat ini sebagai ingatan dan pesanan yang mesti kita laksanakan kerana ULAMA adalah pewaris NABI

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.




sekian
HEREAFTER IS OUR DESTINATION
Sabtu, 
27 April 2011,
6.35am

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

1 ulasan:

Apesal.com