Jumaat, 16 September 2011

AMARAN PADA SEMUA WANITA (HARUS BACA)

Nurul Ashikin | 9:07 PTG |
Salam dan hai readersBLOGGERS

Info PENTING untuk  berkongsi dengan semua!

Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!!

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.
Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak
untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas
membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen
tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan
memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk
ke dalam untuk membayar tunai.


Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran
menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan
kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan
tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai
untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan
mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan
tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti

Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah
melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi
belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita
tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan
lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan
tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan
geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik
bahagian badan seorang wanita ..

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan
dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah
stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan
potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan
mencerai-beraikan mereka.
Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian
menculik mereka,

Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

  • Pertama ,  wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
  • Kedua,  Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
  • Ketiga,  Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!
Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan
dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia!

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta
sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda
dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!


Sampaikan mesej ini kepada semua wanita supaya salah seorang wanita dalam
hidup kita tidak akan menjadi salah seorang dari mangsa mereka!

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

7 ulasan:

Apesal.com