Ahad, 25 September 2011

Beza muslim dan mukmin

Nurul Ashikin | 7:54 PG |
Assalamualaikum
Selamat pagi Ahad dan selamat berhujung minggu
korang tahu dak term MUSLIM? camana pulak dengan Term MUKMIN

Errrr ejaan je kot yang beza ....

Saya nak share beza muslim dan mukmin dengan semua... penting kita tahu beza antara muslim dan mukmin... then kita dapat tingkatkan ibadah kita in future.....



Maksud Muslim
  • mengucap 2 kalimah shahadah
  • Semua orang islam di panggil muslim walaupun melakukan dosa
  • Muslim x semestinya mukmin
Maksud mukmin
  • Percaya dengan dengan rukun Iman dan beramal dengan rukun2  tersebut
  • Beriman kepada Allah dengan menurut perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah
  • Mukmin adalah muslim

SIFAT-SIFAT MUSLIM  YANG MUKMIN

·         Menunaikan solat dengan khusyuk
·         Berakhlak Mulia
·         Menjauhkan diri dari perkara yang merosakkan iman
·         Menjaga kehormatan diri
·         Melakukan suatu amalan dan perbuatan dengan ikhlas
·         Menjauhkah perbuatan sia-sia dan  tidak berfaedah



CARA /PERSEDIAAN UTK MENJADI  MUSLIM  MUKMIN YG SEJATI


1.       Mempelajari ilmu fardu ain &  ilmu fardu kifayah

2.       Beramal dengan ilmu yang memberi manafaat

3.       Berdamping dengan para ilmuan

4.       Merancang masa hadapan

5.       Sentiasa membaca Al Quran dan berzikir

6.       Menjaga kesihatan jasmani dan kebersihan rohani

7.       Melengkapkan diri dengan kemahiran yang tinggi spt ICT


Yang mana satu pilihan kita? contoh mudah yang saya nak bagi ialah..... ramai wanita bertudung/menutup aurat... tetapi yang bertudung tapi masih nampak rambut, bentuk badan, pusat,ketiak ETC kita kelaskan sebagai muslim... sebab mereka tak istikhamah dengan apa yg mereka lakukan ...Yang bertudung litup, jaga kata2, tingkahlaku, akhlak.. kita kelaskan sebagai mukmim... so nanti kalau orang kata bertudung masih buat maksiat... korang jawab balik... hah tu muslim bukannya mukmin......apapun jom kita kejar gelaran MUKMIN pada diri kita.... AMIN YAROBBAL ALAMIN



Comment With:
OR
The Choice is Yours!

Tiada ulasan:

Apesal.com