Rabu, 21 September 2011

MARKAH YANG AKAN ANDA DAPAT ADALAH BERBEZA

Nurul Ashikin | 5:58 PG |
Oleh Sheikh Muhammad Nazim

Cyprus, Disember 2001 (Ramadan) 

Bismillah ir-Rahman ir-Raheem was-salaat was-salaam `ala Sayyidina Muhammadin wa `ala alihi wa sahbihi wa sallam

Penyakit yang ringan adalah untuk dosa yang ringan, penyakit yang besar adalah bagi dosa yang besar. Semoga Allah tidak menghalang kita untuk mencapai kejayaan, di hadrat bulan mulia ramadan. Untuk menyebut 'Bismillah ir-Rahman ir-Rahim'di dalam bulan mulia Ramadan adalah tidak sama jika menyebutnya di dalam bulan yang lain. Setiap amalan yang baik, `amal salih’, dikira 70 kali di dalam bulan yang mulia ini. Ramadan ialah bulan untuk mengumpul emas dan pemata, kerana Alllah akan membayar amalan kebaikan fawq-ul 'ala, dengan segala ketinggian NYA



Pada setiap malam, rahmat adalah berbeza, 30 malam adalah sama dengan musim bunga- setiapnya berbeza di antara satu sama lain. Allah mempunyai banyak sumber, Dia adalah Jalla Jalaluhu… Mereka menganggap ia adalah lucu…. Jangan pergi ke mana-mana tanpa ada wuduk!


Shukr, ya Rabbi! Marilah kita berkata dan memuji nama tuhan kita yang maha berkuasa dengan lidah kita:: Allah, ya Jalil...Allah, dhul Jalal!' Mreka menggalakkan kita untuk melakukan zikir dan menyebut nama-Nya.. ...Shukr...Shukr...Shukr! Jangan Takut! Sesiapa yang menyebut “Shukr”, dia tidak akan jatuh ketika di titian Sirat, jambatan yang setiap daripada kita perlu melaluinya, dibawahnya adalah neraka. Dia tidak akan jatuh ke dalam neraka dan tidak mati daripada penyakit yang teruk. Pernyakit akan menjauhi daripada manusia hebat yang mengucapkan “Shukr”. Bagi yang mengucapkan 'Bismillah ir-Rahman ir-Rahim' sebanyak 70 ganjaran diberikan. Setiap yang kamu lakukan di dalam bulan Ramadan adalah sangat beharga dan penuh dengan rahmat. Apa yang dikurniakan semasa bulan Ramadan tidak diberikan di dalam bulan-bulan yang lain… Jadi, beri dan jangan takut- Allah akan kurniakan kepada kamu.


Pada masa dulu, pembelian dan penjualan dilakukan dengan Selawat dan Basmala, dan pembeli dan penjual bersama-sama berkongsi keberkatan. Dan barang-barang tersebut tidak pernah habis. Kita masih boleh melihat keberkatan ini di Makkah: Selepas tamat solat (sebelah malam), ribuan manusia keluar membeli belah, tetapi apabila tiba diwaktu pagi, kedai-kedai akan kelihatan seperti biasa, penuh dengan barang-barang, tiada yang hilang. Barang-barang pergi dan dating. Keadaan ini berlaku kerana barakah yang Allah kurniakan kepada tempat tersebut.


Allah berfirman: “Apa yang kamu berikan kerana-Ku, Aku tidak mengharapkannya malah aku berikan kembali kembali kepada kamu dengan 10 ganjaran”. Terdapat 5 jenis sedekah. 
B

1. Satu sedekah diberi ganjaran 1 kepada 1
2. Satu sedekah diberi ganjaran 1 kepada 10
3. Satu sedekah diberi ganjaran 1 kepada 70
4. Satu sedekah diberi ganjaran 1 kepada 700
5. Satu sedekah diberi ganjaran yang tidak terkira banyaknya dari Allah yang Maha Berkuasa sendiri

  • 1 kepada1 adalah untuk duit yang haram. Contohnya, duit yang terhasil di dalam bank, kerana bunga tidak dibenarkan di dalam Islam. Dan kamu sepatutnya tahu apa yang perlu dilakukan dengan duit tersebut

Dulu, terdapat seorang Arab yang begitu kaya di Landon yang telah menerima berjuta pound sterling bagi duit yang disimpanyya di dalam bank. Beliau menolak untuk menerimanya kerana berliau berpendapat Islam melarangnya tetapi pihak bank berkata mereka juga tidak dapat mengambil balik duit jutawan Arab tersebut. Jadi, pihak bank mengambil duit tersebut dan mendermakannya sebuah rumah ibadat di Engliand untuk dibaiki… Ganjaran bagi sedekah ini dari duit yang Haram ialah 1-1


  • Jika kamu berikan sedekah kepada mereka yang datang meminta kepada kamu, ganjarannya ialah 1 kepada 10. 
  • Jika kamu berikan kepada jiran kamu yang miskin, ganjarannya ialah 1 kepada 70.  
  • Jika kamu berikan kepada ahli keluarga/rakan/ yang mepunyai hubungan dengan kamu yang miskin, ganjarannya 1 hingga 700.
  • Ganjaran yang tiada penghujungnnya ialah mereka yang memberikan wang untuk menguatkan Islam, untuk menaikkannya, dan memastikan Islam menjadi kuat. Ganjaran ini tidak akan ditulis oleh malaikat tetapi Allah yang Maha Berkuasa akan menulisnya sendiri dengan tangan yang maha Berkuasa [yad il-qudra]. Sebagai contohnya, duit yang di dermakan tersebut boleh digunakan untuk membina atau menjaga masjid, dergah, madrasah, waqif. Semuanya Allah yang memberikan kepada kamu jadi kenapa kamu takut untuk menderma?


Allah berfirmana: “Aku menghantar bantuan di dalam bentuk yang tidak diketahui dan dijangka kepada hamba-hambaKu”. Oleh sebab itu, Allah tidak mahu pekerja di dalam masjid-masjid. Itu adalah sifatNya untuk memngurniakan hambaNya dengan caraNya tersendiri. Mereka tidak sepatutnya makan daripada Bait-ul-Mal. Jangan ikat diri kamu berkaitan dengan bayaran sebaliknya ikatlah diri kamu dengan Allah! Tetapi kita sedang berlari keada sampah dunia untuk mengutipnya. Carilah permata di dalamnya.


Semoga Allah memberikan kita fikiran yang tertumpu kepada akhirat. Jika kita tidak melihat akhirat duhulu, fikiran kita juga tidak berfungsi di dunia... Buktinya, jika fikiran kita berfungsi dengan sempurna.... dunia ini akan menjadi seperti syurga.

Sekian, amin



Comment With:
OR
The Choice is Yours!

3 ulasan:

Apesal.com