Sabtu, 10 September 2011

TITIPAN BUAT CALON UPSR SEKOLAH RENDAH ISLAM II 2011

Nurul Ashikin | 8:47 PTG |
Tahun berganti tahun,Bulan berganti bulan
Minggu bertemu minggu,Hari bertemu hari
Jam bertemu jam,Minit bertemu minit
Saat bertemu saat

Tibalah masanya
Tanggal 13 september 2011 bakal bermula
detiknya

kalian bakal melakar sejarah
 dalam kalender  dan diari sekolah
 
Bersama teman-teman sebayamu
 melangkah masuk
  Dalam dewan yang berbeza berbanding bilik darjah
Ditemani oleh 3 orang yang asing pada pandangan mata kalian
Bersama hingga berakhirnya sebuah peperiksaan
Yang dinanti-nantikan
UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH 2011


Tiada lagi kebisingan
Tiada lagi nota
Tiada lagi eksperimen
Tiada lagi kira-kira
Tiada lagi bacaan dan hafalan
 
Yang ada hanyalah kertas-kertas
Yang menentukan arah tuju kalian
Apabila menuju alam remaja kelak

Cikgumu hanya mampu memandang
Cikgumu hanya mampu berdoa
 agar kalian
Berjaya dalam perang minda
Yang  menguji kekuatan KKBK kalian


Tahukah kalian
Betapa cikgu gementar
Betapa cikgu berdebar
Namun doa cikgu,harapan cikgu,impian cikgu
sentiasa bersama
Anak-anak didik yang cikgu sangat sayang dan kasihi


Lakukan yang terbaik
Moga kalian semua berada lindungan dan rahmatNYA selalu

Maryam,Farzana,Nawal,Anis, Azizah,Syafiq,Fakhrul
Asyraf,Alief,Afiqah,Azreen,Fawaz
Syukur,Arif,Nabil,Natrah,Syarul
Ashikin,Zahirul,Amin,Mustaqim,Ikram,Khairunnisa
Ikhwan,Dinie,Azhan,Badruzzaman,Firdaus,Afif,Azian
Aziz,Nazifah,Aimie,Sabri
Faiz,Fikri,Yusfaizal dan Shaikh

Lakukan yang terbaik, semampu kalian
Selebihnya tawakkallah pada yang EsA


Daripada :CIKGU KECIL 


































Comment With:
OR
The Choice is Yours!

Tiada ulasan:

Apesal.com