Sabtu, 22 Oktober 2011

IBU SAYA DIKETAWAKAN ORANG

Nurul Ashikin | 6:17 PTG |
Assalamualaikum wbt

Hari ni saya nak buat sessi luah perasaan . Cerita ini diceritakan kembali oleh adik saya kepada saya

Begini ceritanya....

Tengahari tadi  ayah, mak dan sha (adik bongsu saya) makan tengahari disebuah kedai makan.Usai makan mak basuh tangan dan decide nak balik ke kereta lebih dulu dari adik dan ayah..Saya memang tak ikut sebab ada program dengan Jabatan Pelajaran Negeri .


Sambung cerita...

Mak terus masuk dalam kereta ..agaknya dia letih.. tak lama kemudian adik bagitau ada sekumpulan budak perempuan duduk
makan dikedai yang sama...dia lihat mereka tertawa sekuat hati...sambil memandang pada sebuah kereta

rupa-rupanya


mak silap masuk kereta (padanlah diorangpun tak kunci kereta)..
lepas tu owner kereta tu pergi ke kereta tu tanpa sepatah kata..
lepas dia buka kereta baru mak perasan mak silap masuk kereta

Lepas mak mintak maaf mak keluar dan masuk dalam kereta ayah....

Apa yang saya kesalkan ialah... mak saya dah tua.. tapi masih menjadi bahan ketawa golongan muda .. hanya kerana kesilapannya yang tidak disengajakan...


Kenapa masih ada manusia begitu?

Saya sangat terkilan....




Comment With:
OR
The Choice is Yours!

18 ulasan:

Apesal.com