Rabu, 9 November 2011

Dana Baru Menggantikan PTPTN

Nurul Ashikin | 5:08 PTG |
Assalamualaikum wbt

Menurut Kosmo PTPTN telah merancang dana baru untuk mereka yang kurang berkemampuan... 

"KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merancang penubuhan dana baharu hasil sumbangan sektor korporat dan individu untuk disalurkan kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang kurang berkemampuan.


Penubuhan dana itu adalah sebahagian daripada cadangan PTPTN untuk mengehadkan pembiayaan mereka kepada hanya menampung yuran pengajian dan bukan lagi turut melibatkan kos sara hidup pelajar mulai 2013.


Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata,

"Untuk menggalakkan sumbangan swasta, PTPTN akan mencadangkan kepada kerajaan untuk memberi pelepasan cukai kepada sektor korporat atau individu yang membantu," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Harap2 adalah pihak korporat yang sudi menyumbang...bukannya apa saya tengok ramai graduan2 sekarang terpaksa menanggung hutang PTPTN yang membebankan.. apatah lagi sesetengah daripada mereka masih tidak memiliki pekerjaan tetap... Saya juga mendengar rungutan rakan sekerja yang mengatakan kos pengurusan yang diletakkan oleh PTPTN agak tinggi.Kesiankan camno nak mulakan hidup kalau lepas grad ja.... hutang bertimbun menanti untuk di bayar~ Syukurlah sbb zaman saya dulu belum ada PTPTN ...... cuma meminjam dengan YAYASAN NEGERI KEDAH.... pinjam RM3000.00 bayar RM2400.00 ja ok dak?


Apa pendapat korang?

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

1 ulasan:

Apesal.com