Ahad, 13 November 2011

Siapa Sebenarnya Mengenakan Chef Riz?

Nurul Ashikin | 1:12 PG |
 thanks 2:mynewhub

KUALA LUMPUR – Antara kisah yang paling menarik sepanjang minggu lalu pastinya melibatkan anak Chef Wan iaitu Chef Riz yang kantoi menipu resume dirinya untuk menjadi salah seorang juri dalam program Masterchef Malaysia.


Takda angin takda ribut namun secara tiba-tiba kelayakan diri dan pengalaman kerja Chef Riz terbongkar.
Disebabkan itu, penulis ingin bertanya, tidakkah terlintas di fikiran anda semua akan siapakah yang sebenarnya memecahkan rahsia melibatkan Chef Riz itu.

Memang benar rahsia itu telah dikorek oleh sebuah portal berita yang terkenal dan berpengaruh (The Malaysian Insider), namun sumber asal atau siapa yang pecahkan rahsia itu kepada portal berkenaan?
Walaupun maklumat atau resume asal Chef Riz diletakan di laman web Masterchef Malaysia, penulis tidak yakin ada wartawan dari portal itu yang lebih dikenali dengan berita-berita politik secara tiba-tiba terlintas hati untuk mengorek rahsia kelayakan Chef Riz.



Wartawan berkenaan sampai sanggup menghantar email kepada beberapa buah restoran di serata dunia semata-mata untuk mengetahui apakah kandungan resume Chef Riz itu betul atau tidak.
Mengapa latarbelakang Chef Riz yang dikaji dan bukan chef-chef yang lain?

Pastinya ada pihak yang tahu Chef Riz tidaklah sebegitu tinggi kelayakannya seperti mana yang ditulis dalam resume asalnya yang dikatakan telah dipinda sebanyak dua kali dalam masa seminggu (selepas kantoi).

Jadi, siapakah pihak itu? Siapa yang tip off atau bocorkan maklumat kepada portal berkenaan?
Melihat senario kejadian itu, maka pastinya itu perbuatan seseorang yang memiliki rasa tidak puas hati atau dengki dengan chef muda itu.
Apakah pihak itu musuh Chef Riz?
Chef Riz kalau mengikut cerita orang, mulut agak lazer dan dalam kategori mamat poyo jugak, jadi tak terperanjatlah kalau ramai yang tidak puas hati.
Namun, Chef Riz ini terlalu muda dan tidaklah beberapa terkenal lagi.
Bukan hendak menuduh sebarangan, apakah ada juri lain dalam program itu yang mungkin bertindak membocorkan maklumat?Namun sudut yang lebih penting, apakah yang melakukan pembongkaran rahsia itu adalah musuh Chef Wan?


Kena kat Chef Riz, malu ditanggung satu keluarga bukan. Maknanya Chef Wan pun jadi mangsa sekali.
Kalau membaca salah satu kemas kini status Chef Wan di wall Facebooknya (Chef Wan Fan Club), beliau sendiri menzahirkan jawapan kepada persoalan di atas.
“In my 54 years living and 25 years as a celebrity OMG punya lah ramai celebrity2 chef and chef2 out there yg busuk hati and wants to see me fall even though i do not know anyone of them.“Strange kan but u know what wall have ears lah.This country is small what goes around always come back.Buat lah apa nak buat saya serah kan semua pada ALLAH because i believed in his power and i believed in good principals,” katanya.

Status itu diletak petang semalam, hanya beberapa minit selepas Chef Wan mengulas lagi mengenai kesilapan anaknya itu.


Nyata, Chef Wan sendiri jauh di lubuk hatinya sedar bahawa ada pihak yang mungkin mahu menjatuhkannya melalui anaknya itu.

Siapa, mungkin Chef Wan tahu dan mungkin tidak.Penulis yakin jawapan kepada perkara di atas tidak akan terjawab sampai bila-bila. Kemungkinan besar ia akan kekal misteri.
Apa yang dilakukan Chef Riz itu memang salah dan sama sekali tidak boleh dijadikan panduan. Tidak perlu berdebat dari segi itu.


Namun, kita semua pun secara tidak langsung telah dijadikan alat oleh satu pihak misteri yang mungkin tidak senang dengan Chef Wan dan Chef Riz.Kita jadi penonton dalam permainan busuk hati orang lain.
Dalam hal ini, kita kena tabik kat Chef Wan. Walaupun malu dengan apa yang berlaku, beliau cukup profesional untuk tidak menyebelahi anaknya itu. Dan diharap Chef Riz pun fahamlah, jangan nak berlagak pandai kalau tak pandai dan pandailah bawak diri agar jangan umpan pihak tertentu.
Oleh: AK-47

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

1 ulasan:

Apesal.com