Selasa, 13 Disember 2011

Kiraan Gaji dalam sistem SBPA dari SSM

Nurul Ashikin | 5:22 PTG |

Assalamualaikum wbt
lagi mengenai gaji... maaf kawan2 banyak sangat pasal SBPA dalam blog saya srpanjang seminggu ni... ala bukan apa saja nak buat rujukan saya dan rakan2 penjawat awam yang lain...dan tambahkan happiness saya buat bekalan tahun hadapan  \(^ _*)/ 

semua info ni saya dapat dari blog Cikgu Shamsudin..Semoga beri manafaat untuk kita semua ye~


Ramai yang keliru dan tertanya-tanya kaedah untuk memindahkan tangga gaji dari sistem lama (SSM) ke sistem baru, Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Di sini admin cuba terangkan sedikit sebanyak yang admin tahu hasil dari pencarian dan perkongsian ilmu di internet. Zaman sekarang neh perkongsian ilmu diinternet lebih meluas dan kita bolehlah mengambil bahagian dan kongsi perkara yang positif tuh. Jika yang negatif tuh jadikanlah ianya sebagai pengajaran.

Untuk permulaan, kita perlukan tangga gaji sistem SSM sebab kita perlu tahu di mana kedudukan gred gaji semasa kita. Contohnya di bawah neh admin sertakan tangga gaji untuk DG41.




CONTOH 1

Katakan pada Disember 2011, mata gaji anda ialah pada P2T10 (RM2642.05) dan kenaikan gaji anda ialah pada Januari. Ini bermakna pada Januari 2012, gaji anda sepatutnya dibawah SSM ialah pada tangga P2T11 (RM2736.67).

Sekarang lihat pula jadual gaji SBPA di bawah. Harap maklum jadual di bawah ialah hasil perkongsian maklumat di internet dan bukan jadual sebenar dari JPA. Jika betul maka betullah jangkaan yang dibuat.

OK ingat balik gaji anda ialah pada P2T11 (RM2736.67) - SSM.

Sekarang carikan gaji tertinggi dan terhampir di bawah SBPA. Ianya ialah pada mata gaji T5 iaitu RM2845. Itu bukan gaji anda pada Januari 2012 nanti. Ada satu lagi kenaikan iaitu naikkan satu lagi mata gaji iaitu ke T6 (RM3075).

Maka gaji anda pada Januari 2012 di bawah SBPA ialah RM3075.

Jika dibanding dengan gaji sepatutnya di bawah SSM pada Januari 2012 iaitu pada P2T11 - (RM2736.67), anda akan menikmati kenaikan sebanyak RM338.33 dengan mengambil kira (menolak) kenaikan yang akan berlaku secara automatik di bawah skim SSM.

Itu untuk pengiraan bagi kes di atas sahaja. Bagi kes lain terutama yang akan ke time based tuh admin tak berapa yakin untuk tunjukkan. Takut salah pula. Lain orang akan menikmati kenaikan yang sedikit berbeza kerana mat agaji lama (SSM) yang berlainan. Namun apa-apa pun kita hendaklah bersyukur dengan rezeki ini.

CONTOH 2

Katakan anda berada di tangga P1T10 (RM2509.90) pada Disember 2011 di bawah SSM. Maka tangga anda di bawah SSM untuk Januari 2012 jika pergerakan gaji anda bermula Januari ialah pada P1T11 iaitu RM2600.35.

Sekarang lihat pula gaji tertinggi dan terhampir dengan RM2600.35 neh. Ia adalah pada tangga T4 (RM2615).

Sekarang tambahkan satu lagi tangga ke T5 di bawah SBPA iaitu pada RM2845. Inilah gaji anda bermula Januari 2012 di bawah skim SBPA. Perbezaan ialah sebanyak RM244.65.


Dibawah neh admin sertakan jadual gaji SBPA untuk PPLD pula. Disediakan juga jadual gaji untuk SSM bagi memudahkan pengiraan anda.










CONTOH 3

Jika pada Disember 2011 anda adalah seorang PPLD dengan tangga gaji di P1T7 (RM1795.95) dan kenaikan gaji pada bulan Januari. Maka pada Januari 2012 mata gaji anda ialah pada P1T8 iaitu RM1860.99 di bawah sistem SSM.

Sekarang lihat di jadual SBPA. Gaji tertinggi terhampir dengan RM1860.99 ialah pada tangga T4 iaitu RM1995.

Tambahkan satu lagi tangga iaitu ke T5 (RM2140.00). Inilah gaji anda bermula pada Januari 2012 nanti. Ia menokok sebanyak RM279.01 berbanding gaji pada Januari 2012 di bawah sistem SSM. Perbezaan ini lebih tinggi berbanding di dalam contoh 2 di atas.

Mari kita lihat pula kes jika anda berada di tangga gaji DG44.


CONTOH 4



Tangga gaji anda ialah pada P1T1 iaitu RM2982.99 pada Disember 2011 dan kenaikan gaji pada Januari. Maka di bawah sistem SSM, gaji anda pada Januari 2012 ialah pada P1T2 iaitu RM3133.27.

Sekarang lihat pula jadual di bawah SBPA. Gaji terhampir ialah pada tangga T2 iaitu RM3235. Tambahkan satu tangga lagi iaitu pada T3 (RM3485). Maka gaji anda bermula Januari 2012 di bawah SBPA ialah RM3485. Kenaikan ialah sebanyak RM351.73.

Ok.. itulah citanya.. kalau korang baik hati ples klik banyak kali skit kat sini... korang baikkan? thanks

Sekian terima kasih.. Wasalam

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

4 ulasan:

Apesal.com