Sabtu, 18 Februari 2012

Titian Siratul Mustaqim


 Assalamualaikum wbt

Pada satu ketika Rasulullah saw. berkhutbah di hadapan para sahabat, Baginda bersabda," Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui sungguh kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Kemudian para sahabat menutup wajah mereka dan mereka menangis. (Muttafaq 'Alaihi)

Abdullah bin Rawahah telah menangis pada suatu hari. Isterinya melihat keadaannya turut menangis bersama-sama, dia bertanya kepada isterinya itu:"Mengapa kamu menangis?" Kata Abdullah:"Apabila aku teringat yang aku terpaksa menyeberangi neraka melalui titian sirat, aku menangis."Aku tidak tahu sama ada aku akan berjaya menyeberanginya atau tidak."

~Subhanallah,, kehebatan yang terserlah dengan linangan air mata yang membuktikan kekuatan seseorang insan.

Allahumma solli 'ala muhammad ♥





Sama2lah kita mengambil ikhtibar dari entry ini... Saya, awak, mereka,baginda,dia,dan semua akan menempuh saat getir ini

Wallahua'lam

Sekian Wasalam

2 ulasan:

saad kun berkata...

ilmu yang sangat bermanfaat utk dikongsi...mungkin boleh dikaji dengan lebih mendalam...insyaAllah

Mohammad Abu Bakar Kamal berkata...

semoga kita sentiasa mendapat rahmatNya..