Sabtu, 17 Mac 2012

7 Sebab Isteri harus di hargai....

Nurul Ashikin | 11:11 PG |

Assalamualaikum wbt
 Untuk para suami dan baru yg nak jadi suami ......(o_O)
Berikut ini saya senaraikan 7 sebab mengapa seorang isteri itu patut dihargai.

1) Kerana isteri menjadi dinding bagi seorang suami dari api neraka (suami terhindar dari perkara haram seperti zina dan sebagainya).

2) Kerana isteri sanggup berkorban menyabung nyawa semata-mata untuk melahirkan zuriat buat suaminya.

3) Kerana isteri menjadi penjaga rumah dan segala harta suami, semasa ketiadaan suami dan semasa suami keluar mencari nafkah.

4) Kerana isteri sanggup bersusah payah, berletih bersusah menguruskan segala hal dan urusan dalam rumah.

5) Kerana isteri menjadi murabbi atau pendidik kepada anak-anak.

6) Kerana isteri sanggup abaikan nafsu malasnya dalam menyediakan makan minum untuk suaminya.

7) Kerana isteri penghibur dikala sunyi, penerang dikala kelam dan penenang dikala tegang. Kerana isteri adalah pelengkap hidup suami.

Sebenarnya ada banyak lagi sebab-sebab lain. Tapi cukuplah saya senaraikan 7 sebab tu.


Suami selepas solat doa lah untuk isteri kita dgn sebarang doa ...
"Wahai Dzat Yang Maha Perkasa Kutitipan anak istriku kepadaMu, Jagalah mereka Ya Allah Seperti Engkau telah menjaga Ismail dan ibunya Di tengah gurun pasir tiada bertepi.
Ya Allah, Dampingi istriku yg sholehah ini, agar kemudian Engkau akan menguatkan hatinya, melapangkan dadanya... Amin

sumber:Koleksi short note UAI

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

Tiada ulasan:

Apesal.com