Isnin, 4 Jun 2012

Sayangkah anda kepada kedua ibu bapa anda ?

Nurul Ashikin | 5:00 PTG |
Assalamualaikum wbt

Salam dari kejauhan dialam maya ini, lama sungguh saya tak update blog....sungguh... saya sibuk gilerrrrr...Alhamdulillah hari ni dengan sedikit ilham dan idea saya nak menulis sesuatu sebagai peringatan buat kita semua

Anda semua sayang mak? sayang ayah?.......

Masih ada mak? masih ada ayah? Ada? Alhamdulillah... nikmat Allah tu

Anyway pernah tak mereka berada dalam kesukaran dan...... 
cuba meminta pertolongan daripada anda  adik beradik?
 ye la... maybe pertolongan dari segi tenaga, masa atau wang ringgit?

Tak pernah? hurmmmmm.... ada tak yang pernah?.... cer angkat tangan..... wah, wah ramainya... apa perasaan anda...geram, sakit hati, bangga, senang hati ?
dan apakah tindakan anda? tolong atau tak... kalau tolong adakah secara paksa rela atau memang nak sangat bantu mereka?



Wokehhh... Tahukah anda.. hati ibubapa sangatlah sensitif... yelah bila umur dan menginjak petang dan hampir ke senja perasaan semakin menipis dan mudah tersentuh... bak kata orang muda2 mudah TACING....kan kan

Sebenarnya mak ayah kita ada anak2 yang mereka harap dan ada yang tidak....yelahkan diorang lagi kenal kita dari kita kenal diri sendiri..

Kalau mak ayah anda tak pernah mintak bantuan anda ketika mereka dalam kesukaran tandanya anda adalah anak yang tidak boleh diharap.... maknanya
  • Anda mungkin anak yang kedekut dan dari awal dah tunjuk bakat sebagai anak yang pentingkan diri sendiri...
  • Anda mungkin lebih pentingkan suami atau isteri anda dan sering membelakangkan mereka
  • Anda mungkin tak pernah secara rela menghulurkan wang atau bantuan 
 Buat anak2 yang sebegini anda patut merasa malu...dan takut kerana mungkin anda sudah di cop sebagai anak derhaka oleh mereka.... mak aiiiii takutnya.... neraka weiii tempatnya especially anak lelaki... woiiii anak lelaki... ingatlah membelakangkan ibu boleh menyeret anda kedalam neraka..


Bagi anak2 yang sering menjadi menjadi PA mak ayah...apa2 andalah yang dicari...berbanggalah anda..itu tandanya mereka sangat percaya dan harap kepada anda...mungkin nama anda yang bermain dibibir mereka selalu... bergembiralah anda kerana mereka memang sayangkan anda

Jangan takut kehilangan wang dan masa lapang anda...kerana ALLAH akan meluaskan rezeki anda serta melapangkan masa anda jauh daripada masa dan wang ringgit yang anda hulurkan kepada mereka

Jangan melebihkan suami/isteri secara melampau2 sehingga ibu bapa langsung tidak diendahkan..keberkatan hidup kita terletak kepada redha ibu, ibu,ibu dan bapa...

Buat wanita yang dah berkahwin memanglah syurga bertukar dibawah tapak kaki suami...tapi tak salahkan membantu ibu bapa anda... bantulah sekadar terdaya...bantulah ibubapa dan ibubapa mertua anda...tak rugipun malah menguntungkan...kerana kebaikan yang anda hulurkan kepada mereka membuatkan ALLAH PEDULI pada anda


Jom sayangi mereka.... bantulah mereka semampu anda...semoga kita disiram dengan kasih sayang ALLAH, RASUL dan IBU BAPA KITA...ahah...barulah keberkatan menjengah dalam lingkaran kehidupan kita...betul tak... Sesungguhya yang baik itu adalah hak milik mutlak ALLAH... dan maafkan setiap kesalahan saya...sekian


Wasalam

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

Tiada ulasan:

Apesal.com