Isnin, 30 Julai 2012

Kesan Rumah Hijau yang merosakkan bumi

Nurul Ashikin | 1:27 PTG |

 Assalamualaikum wbt.
Baru baru ni saya terbaca mengenai kesan rumah hijau.Apa dia Kesan rumah hijau.....
jom cekidaut
 
  • Satu fenomena yang berlaku kerana pencemaran udara. 
  •  Berlaku kerana pemerangkapan haba oleh gas-gas rumah hijau. 
  • Antara beberapa jenis gas rumah hijau yang biasa didapati ialah karbon dioksida, sulfur dioksida dan oksida nitrogen.
Sejarah kesan rumah hijau bermula pada zaman Revolusi Perindustrian. Pada zaman inilah manusia mula menggunakan bahan api fosil secara meluas. Ini menyebabkan kandungan karbon dioksida bertambah.

Gas-gas ini akan bertindak seperti selimut yang membenarkan haba masuk kemudian akan memerangkap haba ini. Haba yang terperangkap inilah yang akan meningkatkan suhu pada permukaan bumi.
Kesan rumah hijau mengakibatkan :
a) Kenaikan paras laut
  • Misalnya kenaikan paras laut di Artik dan Antartika yang disebabkan oleh pencairan ketulan-ketulan ais menyebabkan kejadian banjir di kejadian banjir di kawasan persisiran pantai seperti yang berlaku di bandar-bandar persisiran Bangladesh.
  • Pelimpahan masuk air laut ke kawasan pertanian dan meninggikan saliniti (kemasinan) tanah. Ini menjadikannya kurang sesuai untuk pertanian.
 

b) Perubahan iklim
  • Perubahan arah angin dan arus menyebabkan bencana alam seperti ribut dan taufan.
  • Kejadian iklim ekstrim di mana kemarau dan banjir berlaku dengan tidak diduga seperti di Africa. Ini mengurangkan penghasilan hutan dan pertanian.
  • Perubahan taburan hujan dan sumber air yang menyukarkan keboleh dapatan air tawar. Ini membawa masalah kepada pertanian dan penghutanan.

c) Kesihatan manusia terganggu
  • -Perubahan suhu boleh menyebabkan 'heatwave' di beberapa tempat dan penduduk kawasan terutamanya penduduk tua boleh mengalami 'heatstroke'.
  • Kekurangan air tawar dan kejadian banjir boleh menyebabkan air yang digunakan tercemar dan seterusnya mengakibatkan penyakit seperti cirit-birit.


Apa kata kita mulai memelihara kesejahteraan bumi kita dengan beberapa langkah mudah.Antaranya dengan kitar semula bahan,guna semula bahan,jimat tenaga elektrik,bawa beg plastik sendiri apabila ingin shopping,jangan bakar sampah2..... sebaik baiknya tanam sampah2 tersebut,,, dan yang paling mudah jom tanam sebanyak-banyaknya pokok2 disekitar kediaman kita agar keseimbangan alam kembali semula

so gerak sekarang.... semoga anak cucu kita masih dapat merasai keindahan alam ini pada suatu hari nanti....amin


Wasalam

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

Tiada ulasan:

Apesal.com