Ahad, 2 September 2012

Palestin Wira Islam: Kisah kedegilan dan Kesombongan kaum Yahudi

Nurul Ashikin | 12:44 PTG |
Assalamualaikum

Allah SWT mentakdirkan mereka dapat keluar dari Bumi Mesir dengan dipimpin oleh Nabi Musa a.s menyelamatkan mereka daripada kezaliman kerajaan Firaun, membelah Laut Merah untuk mereka menjadikan jalan melepaskan diri daripada buruan tentera Firaun, serta mengurniakan makanan manna (madu) dan salwa (burung puyuh).



Tetapi apabila Nabi Musa meninggalkan mereka untuk pergi bermunajat kepada ALLAH mereka mengingkari kepimpinan Nabi Harun a.s. dan menyembah patung anak lembu daripada emas yang mereka buat sendiri.Setelah Nabi Musa a.s, kembali mereka mula menunjukkan sikap keras kepala .mereka berkata kepada Nabi Musa a.s

Maksudnya:kami tidak akan beriman kepadamu (Musa) sehinggalah kami dapat melihat ALLAH dengan terang.

Begitulah biadapnya mereka sehinggalah ALLAH mengancam untuk menimpakan gunung ke atas mereka.Buat seketika mereka berjanji akan taat kepada Nabi Musa a.s. Tetapi setelah masa berlalu,mereka mulai mengkhianati dan mendehakai Nabi Musa a.s.Antaranya menangkap ikan pada hari Sabtu walhal mereka dilarang berbuat demikian.Akhirnya mereka menjadi kera.

Kemudian ALLAH telah memerintahkan mereka supaya memasuki bumi suci Baitul Maqdis, tetapi mereka enggan dengan alasan terdapat musuh mereka di sana.Mereka mencabar Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s agar masuk dahulu dan memusnahkan kaum tersebut.Keingkaran mereka menyebabkan ALLAH SWT telah menyiksa mereka untuk tinggal di padang pasir selama 40 tahun.Dalam tempoh tersebut ALLAH SWT telah menutupi pandangan mereka sehingga mereka tidak nampak jalan keluar dari Padang pasir Sinai di sebuah tempat bernama Tiih.Selepas itu mereka dibenarkan masuk ke bumi suci.Namun masih menderhakai Nabi Musa a.s lagi memutarbelitkan kenyataan yang diperkatakan kepada mereka.

Allah SWT telah mengutuskan kepda mereka beberapa orang nabi tetapi telah menjadi perangai kaum YAHUDI ,seringkali menimbulkan masalah.Mereka suka menyakiti Nabi-nabi dan ada sesetengan nabi telah dibunuh dengan kejammnya oleh kaum Yahudi.Mereka juga telah mengubah nama agama ALLAH yang diturunkan kepada mereka.


sumber:Palestin tidak gentar

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

Tiada ulasan:

Apesal.com