Rabu, 31 Oktober 2012

Tugas Srikandi Islam

Nurul Ashikin | 11:07 PG |


Assalamualaikum wbt

Salam sillaturrahim dari saya    *_*

Dalam cebisan corat coret saya kali ini saya nak ajak semua teman2 muslimah merenung sejauh mana kita sudah menjalani hidup kita mengikut cara Islam. Bukan kawan2 aja malah untuk diri sendiri juga, Sudahkah saya melakukan tugas seorang muslimah sejati..... 

Menjadi wanita islam bukan sekadar terhenti kepada seorang ustazah, student bidang agama atau wanita yang berjubah, bertudung labuh atau berpurdah.... malah kepada semua yang dipanggil wanita yang beragama islam.... 


Ramai yang mencetekkan akal dengan menyerahkan cara hidup islam kepada mereka sahaja.... rugilah kita... nanti mereka masuk syurga.. dan kita wanita kebiasaan ni tergantung gantung dan mungkin direbus dalam periuk bersuhu tinggi dalam api neraka..... 

adeh tak moooooooooooooo

 

 Kat bawah ni saya sediakan checklist... jangan lupa lepas ni salin ataupun print dan letakkan checklist ni diatas meja di opis, dekat dapur atau dimana sahaja kita berada agar kita tidak lupa tugasan kita as a real muslimah (x_X)

Ready? Check it out

  • Bersolat (fardhu dan sunat sekali ek), berpuasa dengan khusyuk
  • Memakai hijab kerana rasa malu dan untuk menjaga maruah diri
  • Menepati janji,Dipercayai dan amanah
  • Bersabar, berhati-hati dan sentiasa memohon keampunan kepada ALLAH
  • Bersyukur,berzikir dan bermunajat
  • Jadikan ASIYAH,MARYAM dan SITI KHADIJAH sebagai idola dan rujukan
  • (Bagi yang sudah berkahwin) Didiklah anak2 mu sekurang-kurangnya tahu menjadi iman solat....dan anak2 perempuan pula tahu menjaga diri derta taat pada perintah ALLAH
  • Menjaga nilai-nilai dan memelihara diri serta IFFAH
  • Sentiasa takut pada ALLAH melakukan suruhannya dan meninggalkan larangannya
  • Mendermakan kepada fakir miskin setiap hari dan memberi makanan kepada haiwan 
  • Mengkaji ALQURAN, merenung dan mengamalkan kandungannya


Semoga ada manafaatnya

Amin

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

1 ulasan:

Apesal.com