Khamis, 14 Februari 2013

Amalan bergantung pada niat- HADIS 40

Nurul Ashikin | 3:11 PTG |




الحديث الأول: عن عُمَرَ بْن الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَإِنَّمَا لِامْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا 
 فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ


" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'


Terjemahan Hadith
Hadith pertama: Daripada Umar bin Al-Khattab r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesungguhnya segala amalan itu berdasarkan niat, setiap orang memperolehi mengikut apa yang ia niatkan. Sesiapa yang niat hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya maka (ganjaran) hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya dan barangsiapa yang niat hijrahnya kepada dunia yang ia ingin dapatkannya atau kepada perempuan yang ia ingin kahwininya maka pahala hijrahnya adalah kepada apa yang ia hijrahkan (niatkan)” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)





Kedudukan Hadith
  • Imam Ahmad, Syafi’e, Ibnu al-Madini dan lain-lain: Satu pertiga ilmu.
  • Imam Baihaqi: 1/3 dari sudut segala amal atau usaha hamba tidak terlepas daripada hati, lidah, anggota luaran. Setengah amalan hanya berpunca daripada hati sahaja bahkan dalam ibadat hati iaitu niat adalah sebab penolakan @ penerimaan amalan itu. Hati @ niat kadang-kadang boleh menjadi satu ibadat yang tersendiri dan yang lain memerlukan kepada hati.
  • Al-Munawi: Hadith ini adalah usul utama berkenaan ikhlas.
  • Abi Ubaid: Tidak ada hadith yang lebih luas makna, bermanfaat, tinggi daripada hadith ini.
  • Agama ini diasaskan pada empat hadith dan ini adalah salah satu.

Kedudukan Hadith 2
1/3 ilmu bahkan agama. Kerana agama untuk menyempurnakan kesempurnaan diri seseorang. Manusia didorong oleh 3 daya dalam dirinya. Quwa al-aqliyyah, quwa as-syahwiyyah, quwa al-ghadhabiyyah. Masing-masing quwa itu mempunyai penyempurnanya di dalam hukum agama iaitu hukum ibadat, mu’amalat serta munakahah, jinayah. Quwa pertama disempurnakan oleh ibadat dan ibadat kebanyakannya bergantung pada niat. Kerana itu hadis niat ini adalah 1/3 daripada ilmu @ agama yang merupakan penyempurna seseorang manusia.

Makna Umum
  • Niat adalah kayu pengukur, piawaian atau krateria untuk menghukum sesuatu amalan samaada diterima atau ditolak, diberikan ganjaran pahala atau dosa.
  • Hadith ini juga membahagikan manusia berdasarkan amalan dan niatnya kepada dua iaitu seseorang yang melakukan sesuatu amalan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. dan seorang lagi yang melakukan suatu amalan adalah untuk kepentingan dan keinginan nafsunya sahaja. Maka satu golongan memperolehi kejayaan dengan amalannya itu dan satu golongan lagi tidak memperolehi apa-apa bahkan mendapat balasan buruk dengan amalannya.
  • Hadith ini juga merupakan neraca amalan seseorang dari segi batinnya sebagaimana hadith “Sesiapa yang mengerjakan suatu amalan yang bukan dari agama kita maka ianya tertolak” (muttafaq alaih) adalah merupakan neraca amalan seseorang dari segi zohirnya.

Sesungguhnya Segala Amalan Berdasarkan Niat
  • Amal bermaksud sesuatu yang terbit daripada mukallaf sama ada jawarih atau lisan. Setengah ulama memasukkan juga daripada hati.
  • Amalan yang dimaksudkan di sini adalah yang bersifat ikhtiyariyyah dan semuanya mestilah berlaku dengan niat.
  • Sesuatu amal itu berlaku, sah, baik, buruk, diterima, ditolak atau sempurna berdasarkan kepada niat.

Sesungguhnya Segala Amalan Berdasarkan Niat
  • Sesuatu amalan itu berbeza sama ada baik atau tidak berdasarkan niat.
  • Setiap amalan mestilah bersandarkan keikhlasan supaya ia diterima Allah berdasarkan kepada keseluruhan hadith ini.

Definisi Niat
Dari segi bahasa adalah bermakna memfokuskan kepada sesuatu.

Dari segi istilah:
  • Membuat keputusan atau memfokuskan kepada sesuatu di dalam hati serta melakukannya.
  • Setengah ulama menambah ‘dengan maksud mencari keredhaan Allah’.
  • Setengah ulama tidak setuju dengan definisi itu kerana tidak merangkumi puasa dan suatu niat tanpa amal.

Definisi Niat 2
Setengah ulama seperti Imam Baidhawi mengatakan niat yang sesuai dengan hadith ini ialah berkehendak atau memfokuskan suatu amalan dengan maksud untuk mencari keredhaan Allah Taala.
Ia berdasarkan penggunaan perkataan “نية” bukannya perkataan “ارادة” iaitu “kehendak”. Ertinya niat: satu kehendak yang khusus serta mempunyai hubungkait dengan sesuatu yang menyampaikan amalan tersebut kepada maksudnya bukan semata-mata amal. Sesuai dengan contoh selepasnya yang menekankan penerimaan dari Allah.


sumber 1

sumber 2

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

Tiada ulasan:

Apesal.com