Khamis, 25 Julai 2013

Kisah di sebalik pembinaan Kaabah di Kota Mekah

Nurul Ashikin | 9:54 PTG |

 Assalamualaikum wbt

Mekah adalah destinasi tumpuan setiap kali menjelang musim haji.Perkara yang menarik perhatian saya tentang Mekah dan kaabah ialah sejarah awal pembinaanya



Kaabah ialah perkataan Arab bermaksud tempat tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran, selain turut bermakna segi empat berbentuk kiub.
Kaabah di Kota Mekah tidak sahaja disifatkan sebagai rumah ibadat pertama malah dikatakan binaan pertama dibina di muka bumi ini, iaitu sejak zaman Nabi Adam a.s lagi.


Mungkin sesuai dengan antara gelaran lain yang diberikan kepada Kaabah, iaitu Baitul Ateeq yang bermakna paling awal atau paling lama (Kaabah juga digelar Baitul Haram yang bermakna Rumah yang dihormati).

Dikatakan Allah telah memerintahkan Nabi Adam supaya mendirikan sebuah binaan seakan-akan sama dengan Baitul Makmur di langit.
Itulah keistimewaan Kaabah yang kekal sehingga ke hari ini apabila mempunyai kedudukan yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di langit.


Menurut riwayat Ibnu Abbas, 

Rasulullah s.a.w menyebut Kota Mekah dipilih sebagai tempat binaan Kaabah kerana kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di alam malaikat.Baitul Makmur merupakan tempat khas yang diciptakan Allah khusus untuk malaikat melakukan tawaf menggantikan tempat yang asal iaitu di Arasy.
Ini kerana Arasy kawasannya amat luas dan sekiranya melakukan untuk menghabiskan satu tawaf ia mungkin menjangkau waktu hingga ke hari Kiamat.
Sebelum terciptanya Baitul Makmur, seluruh malaikat bertawaf di sekitar Arasy sambil beristighfar, bertasbih dan membesarkan Allah sebagai bukti kepatuhan mereka kepada Allah Yang Maha Agung.

Dikatakan ketika Nabi Ibrahim dalam usia yang lewat, baginda diperintahkan oleh Allah untuk membina Kaabah dengan bantuan putera baginda Nabi Ismail.


Nabi Ibrahim dan anaknya itu diperintahkan oleh Allah supaya membina semula Kaabah yang sesetengah riwayat binaan itu dibina di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang runtuh akibat banjir besar dan taufan yang melanda di zaman Nabi Nuh as.

Ini disebut dalam firman Allah yang bermaksud:

 Dan ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membina, lalu Kami berfirman kepadanya): Janganlah engkau menyekutukan sesuatu pun denganKu dan bersihkanlah rumah-Ku (Kaabah ini) bagi orang yang tawaf dan orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud.” (Surah al-Hajj: 26-27)


Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim dikatakan menggunakan batu-batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. 
  Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu 
  • sudut Rukun Al-Hajarul Al-Aswad dan 
  • Rukun Yamani dan 
  • satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

Ketika membina Kaabah itu, Nabi Ibrahim berkata kepada Ismail: “Bawakan batu yang baik kepadaku untuk aku letakkan di satu sudut supaya ia menjadi tanda kepada manusia”.

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

Tiada ulasan:

Apesal.com