Rabu, 31 Julai 2013

Tadarus yang Indah

Nurul Ashikin | 11:27 PG |
 Assalamualaikum wbt

 Awak semua sihat?Dah baca Quran hari ni? Ok jom baca aktiviti sekolah CIKGU NURUL (".) pulak hari ni yeahhhh!!!! (mode bercerita sedang mengganas hik^^ )

 Ehem ehem (^_^) ayuuhhhh dengar cerita Ramadhan saya

Sudah menjadi kelaziman di sekolah saya program penghayatan Ramadhan rancak berjalan sepanjang bulan.Bermula dari hari pertama hingga akhir.Antara yang mengisi ruang dalam program tersebut semestinya tadarus Al-Quran

Guru-guru dan murid-murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan dibahagikan 3 juzuk setiap kumpulan.So, tugas cikgu ialah menjadi fasilitator ,memantau bacaan setiap murid dalam ahli kumpulannya.Selalunya pelajar yang boleh bertadarus ialah pelajar tahap 2 la.tahap satu adala beberapa orang.Lokasi kami berkumpul ialah di Masjid Al -Huda yang terletak betul2 depan pintu pagar sekolah

Untuk kali ni saya bertugas dengan Cikgu Fatimah dan Ustazah Munirah.Alhamdulullah hari ini 31 Julai 2013 bersamaan 22 Ramadhan kami berjaya menghabiskan bacaan bermula dari juzuk 6 hingga 9.Lega sebab sempat habiskan sebelum Hari Khatam Quran iaitu besok.... hehehe betul2 atas garisan

Menariknya bertugas di sekolah ini, setiap aktiviti Keislaman sangat aktif dijalankan.Jadi dapatlah saya belajar banyak hal terutama yg berkaitan dengan bacaan Al Quran.Oklah ni beberapa gambar untuk aktiviti Tadarus Al-Quran 2013.(tengah senyum simpul)

Inilah yang dipanggil kemeriahan Ramadhan.

Inilah kumpulan saya .Cikgu Fatimah yg pakai tudung oren merangkap kapten tadarus^_^

Well semua, nanti saya akan updatekan aktiviti menggubah bunga pulak... perghhh hasil gubahan sangat hebat walaupun terkeluar tajuk

Sekian kelas cikgu rini

pssttt:PBS tak siap lagi daa... (Penilaian berasaskan sekolah)

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

Tiada ulasan:

Apesal.com