Rabu, 2 Oktober 2013

Autisme sejenis kecacatan?

Nurul Ashikin | 2:00 PTG |


Awak semua,
Ada dak menonton drama "Good Doctor" 
yang ditayangkan di KBSW siaran 391 Astro?


autisma


Drama tersebut berkisah tentang 


Sebuah drama perubatan tentang seorang lelaki dengan gangguan autistik, 

beliau telah berusahamengatasi berat sebelah dan diskriminasi oleh masyarakat

 dan menjadi pakar kanak-kanak dengan menggunakan 

kebolehan yang luar biasa 




Bukan mengenai drama berkenaan saya nak discuss--
Tapi saya nak bawa teman2 masuk kealam --
mereka yang mengalami autisma --
Kebetulan saya mempunya seorang kawan yang dianugerahkan ALLAH
mempunyai anak yang juga mengalami gangguan autisma

Apa itu autisma?


Autisme merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani (Greek) iaitu "autos" yang bermaksud sendiri. Justeru itu, kanak-kanak autisme akan menunjukkan gejala "hidup dalam dunianya sendiri".

Kanak-kanak autisme akan mengalami ketidakupayaan dalam perkembangan mental sepanjang hidupnya yang disebabkan oleh otak yang kurang berfungsi. autisme boleh berlaku serentak dengan kecacatan yang lain termasuk kecacatan mental.
 autisme bukan sejenis penyakit yang berjangkit dan meliputi semua jenis kaum, bangsa dan etnik, tidak kira taraf dan status. Kebarangkalian bagi kanak-kanak lelaki dalam menghadapi autisme adalah empat kali lebih banyak daripada kanak-kanak perempuan.

Berjayakah kanak2 ini diluar kelak?
--Pertama kita kena ingat yang rezeki semua makhluk sudah dijamin oleh ALLAH
macam mana keadaan pun dan siapa pun kita ALLAH sudah menulis pintu rezeki masing2
kerja kita hanya menggunakan sedikit usaha untuk mencari rezeki tersebut

Dan saya nak highlight  kejayaan salah seorang anak Autisma
kejayaan anak autisma
Pelajar Autisma CEMERLANG SPM 2013
"Siapa kata anak2 Autisme tidak boleh berjaya? Adik Nabil Lutfi berjaya memperoleh 9A dalam SPM yang baru sahaja diumumkan sebentar tadi. Semoga kisah kejayaan beliau menjadi inspirasi buat mereka yg mempunyai anak Autisme.." drp Qhyrol Ridzuan Azizan
Tiada apa yang mustahil bila kita percaya kita dimiliki oleh kerajaan ALLAh yang kaya lagi kekal abadi--
Allah sudah menyusun yang terbaik buat hamba-hambanya

Apa pun jangan lupa beri sokongan moral dan fizikal 
kepada kanak2 autisma ataupun keluarga yang terlibat
layanlah mereka seperti mana kita melayan kanak2 normal
kerana tentu sekali mereka punya perasaan sedih
sama seperti kita sekiranya disisihkan

Sekian
--CikguNurulAshikin--
#tebumanis78




SYUKRAN JAZILAN
Lepas baca jangan lupa like - errrmm lagi tinggalkan komen ya~ 

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

Tiada ulasan:

Apesal.com