Khamis, 3 Oktober 2013

Bersedekah tanpa rasa ragu--Allah Jamin beri bantuan bila kita dilanda kesukaran

Nurul Ashikin | 1:03 PTG |


To All readers
saya petik kisah ni dari sebuah facebook yang pemiliknya bernama Nadir Al-Nuri
Beliau merupakan salah seorang pelajar malaysia yang terlibat dengan memberi bantuan kemanusiaan kepada Rakyat Palestin dan Syria

Apa yang saya dapat bantu beliau adalah--
menyiarkan titipan kisahnya dalam blog saya
harapan saya--
agar ada insan2 yang sudi membantu 
menyumbangkan wang --
untuk korban pada EIDULADHA dan diagihkan kepada saudara kita
 di GAZA tak lama lagi--

________________________________________________________________________


qurban


Saya ingat ketika kami di Syria, Allah sangat mudah memberikan kami YAKIN. Hampir semua yang didambakan, malah yang terlintas di dalam kepala, akan dimakbulkan 'on-the-spot'.
Yang paling saya ingat, suatu malam di bulan Ramadhan, saya tidak punya apa-apa untuk berbuka. Usai solat Maghrib, saya solat sunat dan berdoa supaya dikurniakan sesuatu mengisi perut. Tatkala melangkah keluar dari masjid, seorang pakcik bersalaman dengan saya; di tangannya terselit 200 lera Syria (sekitar RM20) yang dihulurkan sebagai sedekah.

Peristiwa-peristiwa seakan ini menjadikan diri yang lemah YAKIN untuk beribadah, YAKIN kepada rezeki Allah dan YAKIN bahawa segala pintu beramal harus disambut; gantinya di tangan Allah.

Semalam sekitar jam 12 tengah malam, seorang sahabat datang bertemu saya. Dia melontarkan cadangan supaya NGO menyumbang makan malam untuk sahabat-sahabat yang menjaga perbatasan. Saya teragak-agak, khazanah wang kami hampir sifar dan ada keperluan untuk menampung bahagian korban yang masih banyak berbaki sekiranya gagal mendapatkan penyumbang.

Lebih-lebih lagi jumlah yang dicadangkan agak besar, sekitar RM450 kerana jumlah yang ramai. Seorang sahabat lain mencelah, dengan kata-kata yang saya tidak pasti hadis ataupun qaul, 'barangsiapa yang membantu mereka yang sedang berperang, maka seolah-olah mereka turut berperang'.

Saya malu kepada diri sendiri - berjuang tidak mampu, membantu pun tidak mahu - lalu bersetuju untuk memberi sumbangan tersebut, dengan lafaz yang mereka selalu ajarkan 'tawakkal alAllah', belilah, kita serahkan selebihnya kepada Allah.

Tepat jam 2 pagi, saya menerima notifikasi emel bahawa ada penyumbang telah memasukkan sumbangan sebanyak RM500 untuk Gaza. 2 jam, Allah gantikan dengan jumlah yang lebih besar daripada yang dikeluarkan. Jam 6 pagi, saya menerima pula emel lain menyatakan bahawa RM1400 telah dimasukkan untuk satu bahagian korban, seterusnya jam 9 pagi, emel lain memaklumkan wang telah dimasukkan untuk dua bahagian seterusnya. Jam 10pagi sebanyak RM200 lagi dimasukkan dan jam 12.44 tengahari, RM400 pula disumbangkan.

Ini bermakna, 'modal' yang saya ragu-ragu untuk keluarkan sebanyak RM450 itu, membuahkan hasil RM6300 dalam masa 10 jam sahaja! Bayangkan kalau saya tidak ragu-ragu, bagaimana pula Allah membalasnya?

Dua hari yang lepas, kami telah menempah lembu untuk korban. Walaubagaimanapun, masih berbaki 6 bahagian. Demi Allah saya malu untuk membatalkan tempahan dan memberitahu keluarga-keluarga yang mengharap bahawa maaf, sumbangan tidak mencukupi untuk membolehkan kalian menikmati daging segar pada tahun ini.

Satu bahagian bernilai RM1400, untuk lembu Belgium dengan berat 500-600kg. Kami juga menerima sumbangan tuan / puan pencinta Palestin yang belum mampu menyumbang bahagian.

Pembayaran bahagian / sumbangan untuk korban ke BIMB 10016010043186 (Persatuan Siswazah Sabah). Akaun alternatif akan diberikan atas permintaan.

Maklumkan transaksi melalui emel nurilhakim87@gmail.com untuk rekod. Pertanyaan melalui Whatsapp +60195004911.

Sumbangan berjalan sehingga 7 Oktober 2013. Adakah anda cukup YAKIN? Ya Allah, berikan kami YAKIN TANPA RAGU untuk mendekatkan diri kepadamu tatkala pintu-pintu amal dibuka untuk kami..

From Gaza With Love




SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

Tiada ulasan:

Apesal.com