Selasa, 8 Oktober 2013

Erti Perkataan Allah

Nurul Ashikin | 5:00 PTG |


Dipetik dari buku Tafsir Sufi , fadhilat 99 Asmaul Husna --

imam al qushairi
Nama Allah SWT tidak berasal daripada 
pengambilan perkataan apa pun ,
demikian pendapat al-Khalil Bin Ahmad.
Pendapat ini disokong oleh as-Shafi'e r.a. 
dan ulama yang lain.

Tidak sekali-kali didapati sesuatu
 yang diberi nama tersebut selain daripaya NYA
 yang Maha Tinggi dan Maha Suci.
Oleh kerana itu sebahagian ulama 
menyatakan bahawa setiap nama 
daripada nama-nama NYA tidak layak 
digunakan untuk menghias diri. 





Nama "ALLAH" merupakan tempat bergantung, bukan untuk dipakai.

dalam buku tersebut--
Dikatakan bahawa sedikit sekali orang yang berdoa
dengan keikhlasan hati tidak dikabulkan doanya.

Di sini terdapat sebuah kisah dimana seseorang telah menjual hamba perempuannya.




Setelah hamba itu dijual,timbul penyesalan dalam hatinya.Dia sangat malu untuk menyatakan penyesalannya itu.Dia tidak menemui jalan lain kecuali menulis rasa hatinya di atas tapak tangannya sendiri.lalu mengangkat tangannya ke langit.


sedang berdoa

Ketika menjelang pagi, rumahnya diketuk orang. Dia bertanya "Siapakah yang datang pagi-pagi begini?" terdengar jawapan dari luar."saya orang yang membeli hamba sahayamu yang sekarang saya bawa kemari untuk saya kembalikan kepadamu!"Dia berkata, "Jika sekarang engkau hendak mengembalikannya bersabarlah kerana aku belum memiliki wang tebusannya!"

Lelaki di luar rumahnya menjawab "Aku tidak akan menerima wangmu, kerana aku akan memperolehi ganti yang lebih berharga daripada harga hamba sahayamu ini!" Dia bertanya,"Bagaimanakah kamu memperolehi penggantian itu? "

 Lelaki itu menjawab "Semalam aku bermimpi bahawa Allah SWT berkata kepadaku, hamba itu adalah seorang wali daripada wali-waliku.Hatinya sudah tertambat pada hamba sahaya yang dijualnya itu.Jika engkau rela mengembalikan hamba itu kepada pemilikannya maka bagimu Aku sediakan syurga"




oleh Imam Al-Qusyairi
susunan  Ustaz Mohamed Ustaz Haji Ali B.A Syariah (Al Azhar)
penerbit: wholesalemart business point sdn bhd dan Wisdom mind resources sdn bhd
email: wisdommindresources@gmail.com
no telefon: 03-90804696

--dipetik dari buku tafsir sufi--
#tebumanis78 



SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

2 ulasan:

Apesal.com