Khamis, 17 Oktober 2013

Hikmah melakukan Ibadah Korban

Nurul Ashikin | 9:00 PG |


Apabila Aidiladha muncul maknanya terdapat 2 ibadah yang boleh dilakukan pertama ibadah haji manakala kedua ibadah korban

Entry kali ni saya fokuskan tentang ibadah korban

Tempoh masa ibadah korban
Masa untuk melaksanakan ibadah korban ialah apabila setelah selesai dua rakaat sunat hari raya dari 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah pada tiap-tiap tahun. 

kurban 2013


Haiwan untuk ibadah korban
Binatang yang boleh disembelih untuk ibadah korban samada unta, lembu, kerbau, kambing , kibas dan biri-biri. 

Menurut Imam Khatib al-Syarbini, seekor unta ,lembu atau kerbau yang hendak dijadikan korban boleh dikongsi bersama tujuh orang manakala seekor kambing/kibas/biri-biri hanya untuk ibadat korban disunatkan diberikan kepada fakir miskin daging yang mentah.

Hikmah 

  • Antara hikmah ibadah korban termasuklah bersyukur kepada ALLAH atas nikmat kehidupan yang diberikan.
  • Keduanya ialah untuk meniru teladan Nabi Ibrahim as yang diperintahkan agar menyembelih anaknya sendiri Nabi Ismail. Ini dikisahkan dalam firman ALLAH bermaksud;
“Maka tatkala anak itu sampai (pada umur yang mampu) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata, ‘Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu!’ Ia menjawab, ‘Hai ayahku, kerjakanlah apa diperintahkan kepadamu, insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar’. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya di atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami panggillah dia, ‘Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu’, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar” (surah As-Soffat : 102-107)


Dalam penyembelihan korban terdapat upaya menghidupkan sunnah ini dan menyembelih sesuatu daripada pemberian ALLAH kepada manusia sebagai ungkapan rasa syukur kepada Pemilik dan Pemberi kenikmatan.
 

  • Ketiga, agar setiap mukmin mengingat kesabaran Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as, yang ini membuahkan ketaatan pada ALLAH dan kecintaan pada-Nya lebih dari diri sendiri dan anak. Pengorbanan seperti inilah menyebabkan lepasnya ujian sehingga ALLAH menukarkan Ismail menjadi seekor kambing.
  • Keempat, berkongsi nikmat dan rezeki yang ALLAH berikan dengan orang lain pada Hari Raya Aidiladha. Ketika seorang Muslim menyembelih korbannya, maka dia telah berkongsi nikmat bersama keluarganya dengan memakan sebahagian daging tersebut. Dan ketika memberi sedekah bahagian yang lain untuk jiran-tetangga dan kerabatnya, maka dia telah berkongsi nikmat dan rezeki dengan mereka.
korban 2013
  • Kelima, ibadah korban lebih baik daripada sedekah wang yang sama nilai dengan haiwan korban.

Melihat kepada besar faedah dan manfaat kepada orang yang menunaikan ibadah korban, maka selayaknya setiap Muslim berusaha sedaya-upaya untuk melaksanakannya setiap tahun. Sebilangan ulama menyatakan ia sebagai wajib, namun dalam Mazhab Syafii ia merupakan ibadah sunat yang sangat dituntut. Syaikh Muhammad Al Amin Asy Syinqithi mengatakan, Janganlah meninggalkan ibadah korban jika seseorang mampu untuk menunaikannya kerana Nabi SAW sendiri memerintahkan, “Tinggalkanlah perkara yang meragukanmu kepada perkara tidak meragukanmu.”
 

--nota untuk cikNurul--
#tebumanis78 
sumber
~Tebu Manis~



SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

Tiada ulasan:

Apesal.com