Jumaat, 4 Oktober 2013

Korban dan akikah untuk GAZA part 1

Nurul Ashikin | 10:21 PTG |

Sambungan dari catatan Nadir Al-Nuri--
Beliau merupakan siswazah yang sedang belajar di
Universiti gaza--(Rakyat Malaysia)

qurban 2013
Masih ada masa lagi untuk membeli lembu untuk kurban 2013 di GAZA semoga keluarga disana bergembira menyambut eiduladha tahun ini
"Salam Encik Nadir. Saya hendak merebut baki lima bahagian tersebut. Saya telah masukkan RM7000 ke dalam akaun Encik."

Mesej itu membuatkan langkah saya terhenti. Menggosok mata. Dan kemudian separuh menangis dan separuh ketawa. Sebelum ini mahu mencukupkan lima bahagian perlu bersekang mata, tersiksa jiwa raga. Kali ini Allah kurnia dalam sekelip mata. Alhamdulillah, dan semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
Hari Jumaat ini, dengan lafaz bismillah, saya lancarkan sumbangan untuk lembu keenam dan terakhir, inshaAllah. Seawal pagi Jumaat dua bahagian telah direbut, hanya lima sahaja berbaki. Lembu ini istimewa, kerana akan dikhususkan untuk anak yatim di kalangan penghafaz Al-Quran. Justeru lembu ini adalah untuk kerabat Allah, yang jika diusap kepalanya akan membuka peluang berselisih bahu dengan Rasulullah SAW di syurga, di hari Jumaat yang sedekahnya berlipatkali-ganda, dengan kiraan bulu lembu yang akan dikorban.

“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah SAW? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.”(Riwayat Ibnu Majah)

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Ibnu Qayyim berkata: “Sedekah pada hari Jumaat lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.”

Para sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Udhiyyah?” Rasulullah SAW menjawab: “ Itulah sunnah bapamu Ibrahim.” Para sahabat bertanya lagi : “Apakah yang kita akan perolehi daripada ibadah Udhiyyah?” Baginda SAW menjawab : “ Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Subhanallah. Saya namakan lembu ini, Lembu Kombo.
Satu bahagian bernilai RM1300, untuk lembu Belgium dengan berat 500-600kg. Kami juga menerima sumbangan tuan / puan pencinta Palestin yang belum mampu menyumbang bahagian.
Pembayaran bahagian / sumbangan untuk korban ke Bank Islam BIMB 10016010043186 (Persatuan Siswazah Sabah). Akaun alternatif akan diberikan atas permintaan.

Maklumkan transaksi melalui emel nurilhakim87@gmail.com untuk rekod. Pertanyaan melalui Whatsapp +60195004911.
Sumbangan berjalan sehingga 7 Oktober 2013. Jika bahagian tidak mencukupi untuk seekor lembu menjelang 7 Oktober, setiap bahagian akan ditukar menjadi seekor kambing.

Milik siapakah LIMA SUPER PAHALA hari ini?

From Gaza With Love

--sharing dari FaceBook--
#tebumanis78

Ustaz Azhar Idrus Berangkat ke Mekah
Red Warrior






SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

Tiada ulasan:

Apesal.com