Jumaat, 1 November 2013

Israel Kembali Menggasak Gaza

Nurul Ashikin | 3:59 PTG |

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt
Berita yang baru saya terima
Amat menyedihkan--
Doa kita amat berharga--
Terus tadah tangan sahabat semua
hancurkan ZIONIS yang sedang menggila dan kejam 


gaza

Inna Lillah.. Berita terkini dari Gaza, 3 ketua Qassam syahid diserang jet perang Israel di Khan Younis, sempadan Gaza dengan OPT - Occupied Palestinian Territory (Tanah Palestin yg dirampas Israel). Bila saya confirmkan dengan Hasan tentang kedudukan sempadan Gaza ini, dia jawap, semua kawasan di Genting Gaza (Gaza Strip) memang dekat dengan Israel.. 


Memang, masa saya duduk di tengah2 bandar Ga
za pun, boleh nampak corong menara minyak Israel dari tempat tinggal saya.. Semua kawasan di Gaza Strip sudah saya jelajah..tengah-tengah malam ziarah para Murabitheen (Mujahideen yang jaga sempadan di waktu malam) di sempadan Jabaliya, nampak jelas kedudukan Israel yang juga sedang berjaga.. Tunggu masa saja nak serang Gaza walau konon2 sudah setuju dengan genjatan senjata..


Makin banyak yang saya lihat di sana, makin banyak info yang diterima, makin tertekan rasa jiwa kerana tak banyak yang saya mampu bantu mereka..

Sempadan Rafah teruk musnah sebab Israel tak nak ada laluan keluar masuk melalui terowong. Kini Mesir pula tutup sempadan yang sebelum ini orang keluar masuk secara rasmi... Mereka makin terpenjara di tanah air sendiri..

gaza

Jadi, tugas kami di Malaysia ni? Jana dana untuk segera hantar ke sana.. Apa cara, bisness Maqlubah Gaza perlu dipergiatkan sedaya upaya.. Hanya itu yang kami mampu. Tak kisah lah orang nak kata apa, orang nak bantu kami terima..kami cuma laluan sahaja.. Doakan, saudara kita dibantu Allah untuk terus tabah diuji derita, terus gagah melawan mempertahan bumi dan keluarga tercinta. Doakan, Ustaz Nadir satu-satunya rakyat Malaysia yang masih bertahan berkorban keselamatan diri di sana juga dipelihara Allah Taala, dialah yang selama ini menjadi pengantara yang memudahkan dana kami dihantar kesana, jimat sikit belanja berbanding jika hantar melalui Western Union dan sebagainya kepada keluarga2 yang sedang menanti bantuan segera.. Setiap dana yang diderma, kami hantar tanpa sebarang caj perkhidmatan..Nadir sampaikan tanpa minta upah dan bayaran..

Allahumma Yassir wa La Tu 'assir wa tammimna bil khair..
Ya Allah, bersihkan hati kami dari mazmumah, kuatkan kaki untuk istiqamah ikhlas melangkah, mudahkan segala yang payah, jauhi fitnah dan musibah, datangkan rakan-rakan dan sahabat yang sama ingin jihad fi sabilillah..limpahi kami rezeki yang barakah, akhiri usaha kami dengan Falah, Najah dan Jannah.. Amin amin amin ya Allah.. 

Sumber:facebook
#tebumanis78


SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

Tiada ulasan:

Apesal.com