Isnin, 18 November 2013

Keistimewaan Berpuasa pada 10 Muharram

Nurul Ashikin | 11:15 PG |
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


Pada entry yang lalu saya telah menceritakan sedikit sebanyak 
tentang berpuasa pada 10 muharram--
entry kali ini adalah sambungan kepada fadhilat berpuasa pada 10 Muharram
Tahukah anda berapa banyak kelebihan/kebaikan/pahala yang Allah janjikan kepada orang yang berpuasa pada 10 Muharram?


kelebihan berpuasa 10 muharram


Muharram ada bulan pertama dalam Takwim Qamari iaitu Bulan Hijrah.Muharram bermaksud "diharamkan".Allah telah melarang keras peperangan atau sebarang pertumpahan darah dilalukan pada bulan tersebut.Namun larangan tersebut berakhir dengan pembukaan kota mekah (Al-Baqarah :91)

Setelah pemansuhan tersebut umat islam boleh melaksanakan aktiviti harian tanpa terikat dengan larangan berkenaan.

Rasulullah SAW telah menamakan bulan Muharram sebagai 'Bulan ALLAH' (Shahrullahi).Ini adalah kerana kemuliaan bulab tersebut berbanding bulan-bulan yang lain.

puasa 10 muharram

Menurut Al-Hassan Al-Basri rahimahullah: “Sesungguhnya Allah SWT telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tiada bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah SWT itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”
Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan 1 Muharram adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: “Nabi SAW bersabda yang bermaksud:


  • Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (yakni 10 Muharram), maka Allah SWT akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan 
  • barangsiapa yang puasa pada hari Asyura, maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10,000 orang mati syahid; 
  • dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah SWT akan menaikkan dengan rambut satu darjat. 
  • Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Asyura, maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW dan mengenyangkan perut mereka.” 

Sahabat bertanya: “Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura dari lain-lain hari.” Jawab Rasulullah SAW: “Benar!
sumber
--fadilat berpuasa 10 Muharram--
#tebumanis78


SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

Tiada ulasan:

Apesal.com