Khamis, 16 Januari 2014

Beri salam kepada orang yang kita kenal sahaja?

Nurul Ashikin | 1:41 PTG |
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Memberi salam adalah menjadi kebiasaan kepada seorang muslim --
Namun yang luar biasanya ialah apabila kita hanya memberi salam kepada orang kita kenal sahaja.Apa maksud saya sebenarnya?

beri salam kepada semua orang


Ginilah--

Pernah tidak anda semua ke masjid atau tempat-tempat orang ramai berkumpul (muslim)?
Mungkin pasar malam atau tempat pengajian agama?
Tentu kita pernah bertentang mata dengan orang asing yang kita tidak kenal kan--
Jadi apa tindakan kita? 
senyum saja?
Ok betulla kalau senyum pun dapat pahala--

bersalaman

Tapi kalau nak extra pahala dan nak ikat saudara tersebut dalam tali sillaturrahim lebih baik kita bagi salam--

Dari situ kemesraan sebagai saudara seagama akan terjalin dan jauh dari itu mungkin selepas itu kita dapat jadi rakan baik kepada saudara tersebut
Rugi rasanya kalau kita tak ambil kesempatan buat pahala kerana ganjaran yang akan ALLAH beri tak mampu diberi oleh manusia biasa kepada kita.




Hadis Nabi صلى الله عليه السلم
عن ابن عمر رضي الله عنهم أن رجلا سأل رسول الله صلى الله عليه السلم اى الاسلام خير؟ قال تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرفز

Diriwayatkan dari Ibnu Umar رضي الله عنهم bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه السلم “ apakah islam yang baik?” bersabda Rasulullah صلى الله عليه السلم “memberi makan akan makanan dan memberi salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang kamu tidak kenal.



nak tahu tentang hukum memberi salam klik sini
nak tahu tentang etika memberi salam klik sini
kenapa perlu beri salam

Jadi ada baiknya selepas ini kita selalu mempraktikkan apa yang disuruh oleh Nabi agar beroleh Syafaat di sana kelak wallhua'lam

SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Comment With:
OR
The Choice is Yours!

Tiada ulasan:

Apesal.com